Friday, 30 December 2011

SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum/Salam 1 Malaysia,

Selamat Datang dan Salam Perkenalan kepada semua pelajar semester 1,
Selamat Kembali dan Selamat Meneruskan Perjuangan kepada semua pelajar semester 2,

Kepada semua pelajar bagi Program Sijil Lukisan Stuktur semester 1, anda diminta memuat turun nota di pautan  Nota Matematik Teknikal 1 (SUM 1042).

Pastikan anda membawa nota ini bersama-sama ketika kuliah dijalankan

Sebarang pertanyaan dan kesulitan boleh kemukakan pada blog ini atau berjumpa saya di Bilik Guru Pengajian Am Wanita.

Terima kasih.

Segmen: Tahukah Anda?

Tahukah anda bagaimanakah kita dapat membuktikan 1 = 0.9999...

Pembuktian:

1 = 1/3 + 2/3

1/3 = 0.3333... , manakala
2/3 = 0.6666...

Maka,

RHS = 1/3 + 2/3
        = 0.3333... + 0.6666...
        = 0.9999...
        = LHS

Kesimpulannya, terbuktilah bahawa 1 = 0.9999...

Mudah saja kan? Cuba lagi di segmen yang akan datang.
Terima kasih.

laman sesawang permainan matematik

Sila klik pautan ini :

Math Playground

Permainan dalam laman sesawang ini sesuai untuk semua peringkat umur, cubalah! Menarik!
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Selamat mencuba dan bergembira!

Wednesday, 28 December 2011

muhammad irfan imtiaz

video

ini buah hati pengarang jantung saya, muhammad irfan imtiaz bin mohamed fairuz. Irfan adalah perkara terbaik dan indah yang hadir dalam hidup saya, i love him so much. :D

tiada manusia yang pandai atau bodoh!

Matematik tak susah mana, kawan2x, adik2x, kakak2x, abang2x, anak2x sekalian. Tiada sesiapa yang pandai atau bodoh di dunia ini.

"Aku tak pandai matematik"

"Aku tak reti la nak jawab soalan matematik tu, susah sangat! aku tak pandai!".

Itu semua alasan untuk seseorang yang PEMALAS. Untuk mencapai kecemerlangan dalam Matematik, semua orang perlu rajin buat latihan, bila tak faham atau tak tahu nak jawab macam mana, cepat, terus bertanya pada yang pakar (tak pakar pun takpe, asalkan seseorang itu boleh ajar atau tunjukkan cara yang betul untuk menjawab soalan tersebut).

Ok, nanti saya sambung lagi, en. modi (pensyarah saya) nak ajar buat template pulak, hehe, saya budak baru belajar buat blog, hehe, en modi, tunggu!!