PENGUMUMAN



PENGUMUMAN 5 (13/02/2012)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,



Semua pelajar yang saya kasihi, Ujian 1 bakal menjelma.

  • Sila buat persediaan secukupnya. 
  • JANGAN lupa bawa kalkulator dan alat tulis. 
  • Sila patuhi setiap arahan.
  • Baca soalan betul-betul, pastikan anda TIDAK lalai.
Semoga Berjaya. Doa saya sentiasa bersama kalian.

_______________________________________

PENGUMUMAN 4 (12/02/2012)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Semua pelajar SBN 2A,

Kuliah akan berjalan seperti biasa. Anda dikehendaki berada di MAKMAL KOMPUTER 1 pada:-

Tarikh/ Hari : 14 Februari 2012/ Selasa

Masa           : 10.15 pagi hingga 12.15 pagi

_______________________________________

PENGUMUMAN 3 (11/02/2012)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Semua pelajar SLS 1A, Ujian 1 akan diadakan pada 20/02/2012 jam 1045 hingga 1245. Anda dinasihatkan membuat persediaan untuk menghadapi ujian tersebut. Saya telah menyediakan 2 set latihan ulangkaji. Anda boleh memuat turun latihan tersebut pada pautan ini: LATIHAN.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan latihan tersebut atau soalan-soalan lain, boleh berjumpa saya di Bilik Guru Pengajian Am (Wanita). Waktu pertemuan seperti berikut:-

HARI
MASA
Ahad
10.15 pagi - 12.15 tengah hari
Isnin
2.30 petang - 3.30 petang
Selasa
2.30 petang - 3.30 petang
Rabu
2.30 petang - 3.30 petang
Khamis
10.15 pagi - 12.15 tengah hari

Sekian, terima kasih.


_______________________________________

PENGUMUMAN 2 (31/01/2012)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Semua pelajar kelas SBN 2A dan SLS 2A yang saya kasihi, anda diminta menghantar latihan berikut selewat-lewatnya pada 6 Februari 2012:-
  •  Latihan 2.1
  •  Latihan 2.3
  •  Latihan 2.4
Latihan-latihan tersebut boleh dilihat pada laman ini: LATIHAN

Sekiranya anda GAGAL berbuat demikian, markah anda akan dipotong sebanyak 10 MARKAH. Harap Maklum.

_______________________________________

PENGUMUMAN 1 (31/01/2012)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Semua pelajar semester 1 bagi program Sijil Lukisan Struktur (SLS 1A), anda diminta menjelaskan pembayaran bagi Modul dan Buku Latihan sebanyak RM9.00 kepada wakil kelas masing-masing selewat-lewatnya 5 Februari 2012. 

Sekian. Terima Kasih.